Monday, June 16, 2008

INILAH REALITI KEHIDUPAN SEBENARNYA SABAH

Semasa saya sedang membaca emel, terlihat satu emel dari rakan saya. Pada mulanya saya tak ambil peduli sangat. Namun setelah amati gambarnya, rasa sayu dan sedih sekali. Teringat laungan pemimpin2 kita, MALAYSIA BOLEH!!! . Gambar ini adalah suasana biasa di pendalaman Sabah iaitu negeri penyumbang terbesar untuk kemenangan BN pada PRU11 dan PRU12.
Manusia memang mudah lupa, tapi janganlah lupa terus.... Lihat dan nilaikan sendiri gambar ini....Dalam mengejar kepesatan dan pembangunan, masih ada beberapa kampung di negara kita yg masih menggunakan jambatan paling daif tanpa dibaiki. Mereka tiada pilihan lain terpaksa juga digunakan oleh anak-anak kampung yang menyambung nyawa untuk mendapatkan sekelumit ilmu.
Gambar ini mungkin dah disiarkan di media masa atau tersebar luas di emel rakyat Malaysia. Namun biarlah saya 'rewind' semula atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab, untuk kita sama-sama berkongsi di atas keperitan yang ditanggung sebahagian rakyat kita ini.Sanggup kita tengok rakyat kita di tindas oleh pemimpin yang zalim,salah menggunakan pendapatan negara untuk kepentingan diri bahkan menambah kekayaan peribadi,Allah s.w.t kurniakan rezeki untuk di kongsi, ALLAH s.w.t maha adil, Apalah erti pembangunan bagi mereka? Malaysia Boleh.....!!!!

1 comment:

ACHIK AIDIK'S ABDULLAH said...

SUBHANAALLAH...kesiannya adik-adik ni...terpaksa bertarung nyawa untuk menuntut ilmu...INIKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN ONE MALAYSIANS? RAKYAT D DAHULUKAN...Boleh war2 ka nama kampung supaya dapat mencelikkan mata hati insan yang Bertanggungjawab!